RAKAN SEPEJUANGAN TADIKA NUR CAHAYA

  • ROHAIDA BINTI SUPRAYATNA
  • NUR FARHANAH BINTI AFENDY
  • NUR ELIANA BINTI AZMI
  • NUR FATHDIAH BINTI LAZI


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI PRASEKOLAH/ TADIKA

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI PRASEKOLAH/ TADIKA

(i) Dapur
  • Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • Simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat
  • Pasang penghadang keselamatan pada pintu dapur
  • Lap semua tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada lantai
(ii) Ruang belajar
  • Susun perabot jauh dari tingkap
  • Pilih perabot yang selamat seperti bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca
(iii) Bilik air
  • Pastikan lantai bilik air bersih dan tidak licin
  • Tutup bekas takungan air atau kolah mandi
  • Awasi kanak-kanak semasa berada di bilik air
(iv) Kawasan permainan
  • Ketinggian alat-alat permainan tidak melebihi 2.8 meter
  • Kedudukan alat-alat permainan mesti tidak kurang dari 4.2 meter di antara satu dengan yang lain
  • Pastikan tiada benda tajam yang menonjol
  • Permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan
  • Pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan serta berfungsi dengan baik

AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS


Kanak-kanak Membuat Latihan


Sesi Pembelajaran

PLAN LANTAI



FASILITI & PROGRAM PEMBELAJARAN

FASILITI


  • Peralatan Mainan Yang Selamat
  • Sudut Multimedia 
  • Mini Perpustakaan
  • Ruang Aktiviti Yang Selesa
  • Persekitaran Yang Selamat, Selesa dan Menyeronokkan


Program Pembelajaran / Kurikulum
~ Kurikulum berdasarkan pendekatan yang efektif dalam pendidikan kanak-kanak dan merangkumi kurikulum yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan.



  • Program Bahasa
         - Bahasa Melayu
         - English (Smart Reader Programme)


  • Matematik & Sains
  • Aktiviti dalam dan luar kelas
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Seni dan kraf

MOTO, VISI & MISI

NAMA TADIKA

  • Nama tadika sebagai Tadika Nur Cahaya sempena moto tadika iaitu ILMU CAHAYA KEHIDUPAN yang bermaksud Tadika Nur Cahaya adalah tempat untuk memberikan ilmu kepada kanak-kanak seterusnya melahirkan insan yang mempunyai kehidupan yang cerah.


MOTO

  • ILMU CAHAYA KEHIDUPAN.


VISI

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman yang bermakna dalam semua bidang perkembangan fizikal, intelek, bahasa, emosi, sosial dan moral.



MISI

  • Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
  • Untuk melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran pembelajaran sebagai langkah awal sebelum ke pendidikan formal.
  • Membentuk kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi, berani menempuh cabaran dan berilmu.